Saturday, October 30, 2010

Kreativiti: ... Alaaa! Biarlaa... Tengok Macamana...

 30 tahun di SM baru 3 bulan di SK
Assalamualaikum / Peace be upon you...

Kanak-kanak sebenarnya, secara semulajadi, sangat kreatif. Dari peringkat awal lagi, walaupun baru berumur setahun jagung, mereka biasanya kreatif menggunakan daya imaginasi untuk bercerita, melukis atau melakar sesuatu yang kadang-kadang hanya mereka sahaja yang faham. Mereka juga berupaya menjadikan objek 'biasa' seperti kotak mancis, kotak pensel, pemadam, pengasah pensel, botol minuman sebagai bahan mainan yang menguja dan mengasyikkan.
Sebagai seorang guru seni, kita patut membantu mereka mengembangkan daya kreativiti melalui ekspresi diri (self-expression) dalam pelbagai aktiviti kanak-kanak. Meneroka beraneka jenis aktiviti kreatif seperti seni visual, drama, muzik, penulisan dan lain-lain dapat memupuk keupayaan semulajadi kanak-kanak dalam merekacipta sesuatu dengan kreatif.
Dalam penghasilan karya seni visual, biarkanlah kanak-kanak ini menggunakan alatan atau bahan yang pelik, ganjil dan unorthodox.
Anggota badan seperti tangan, kaki, alatan dapur, kasut, anak patung lama serta alat permainan yang boleh dicuci dengan mudah selepas digunakan adalah contoh yang baik. Tambahkan unsur jalinan (texture) dalam karya dengan memasuk atau melekatkan pasir atau kerikil. Apa salahnya kalau  kicap atau sos tomato digunakan sebagai bahan alternatif.
Boleh sahaja mengecat pada bahan-bahan terbuang seperti botol kaca atau plastik, cebisan kadbod, kotak, bingkai gambar dan batu.
Lepaskan kuasa imaginasi bebas keluar dari minda. Jangan biarkan bahan yang sedia ada terbuang begitu sahaja. Tambah nilainya dengan kreativiti yang ada pada kanak-kanak.
Biarkan kanak-kanak meneroka.
Lihat apa yang yang terjadi.


Art is not so much expressing oneself, as it is discovering oneself. 


Lintasan Hati:
adakala..sesekali, kena tunggu dan lihat...
bila sudah berkarya, jangan padam sampai bila-bila...d.a..

Friday, October 29, 2010

Kreativiti: Caragaya Kanak-kanak...Pasti Hati Persona..

 
 Kreativiti mengujakan
Assalamualaikum / Peace be upon you... 

Kaedah mudah mengembangkan kreativiti kanak-kanak.



Setiap hari semasa P&P PSV, aku melihat betapa kreatifnya anak-anak muridku berkarya. Aku sendiri terpanggil untuk menjadi lebih kreatif. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kreativiti aku.
Apa  itu kreativiti? Boleh rujuk sini.


Sebenarnya, mencungkil serta mengembangkan daya kreativiti kanak-kanak juga memerlukan kreativiti. It needs creativity to be creative.

Seronok dan teruja melayan kanak-kanak berebut-berebut datang padaku untuk menunjukkan dan menceritakan tentang hasil karya mereka. Aku biasanya memberikan mereka galakan dan sokongan (confidence) yang positif bagi memastikan mereka terus kreatif. Perasaan bangga serta teruja bila berjaya menghasilkan sesuatu yang kreatif membuatkan mereka makin galak berkarya. Sesuatu yang sangat aku kagumi.

Walaupun aku baru sahaja 2 bulan mengajar di sekolah rendah, aku amat terpegun dengan tahap kreativiti murid-murid di tahun 3,4 dan 5. Mereka sangat kritis dengan keupayaan dan kreativiti mereka.

Dalam era ini, kebanyakan manusia mengharap dan menerima hanya yang terbaik. Ini memberi impak secara tidak langsung kepada kanak-kanak. Ada di antara kanak-kanak yang menyerah kalah atau mengalah sebelum sesuatu karya kreatif dibuat atau dihasilkan. Silap kita juga bila menganggap bahawa manusia, samada kanak-kanak atau dewasa, dilahirkan berbakat.

Kita terlupa atau sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa samada penyair, penulis, pelukis atau pelakon biasanya pernah melalui saat susah payah untuk menjadi seorang sifu, adiguru atau pakar yang kreatif dalam bidang mereka. Semuanya tidak datang dengan mudah, perlu latihan dan usaha yang gigih, bukan sekadar bakat.


Kita juga terleka dengan kenyataan bahawa sejak zaman dahulu manusia menikmati sesuatu ciptaan produk itu kerana kegunaan produk itu sendiri bukan kerana ia dibandingkan dan dianggap yang terbaik.

Dalam beberapa situasi, agak sukar untuk kita menggalakkan kanak-kanak menjadi terbaik dan kreatif bila kita sendiri sedar tahap keupayaan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak ini tidak perlu menunggu sehingga dewasa untuk sedar bahawa adakalanya kita memberi mereka pujian dan galakan yang kosong.


Adalah lebih baik jika kita memberi fokus dan ketengahkan sesuatu yang kita tahu mereka mahir atau cekap sambil memberi nasihat, galakan serta jalan untuk memperbaikinya. Ini bertepatan Teori Kecerdasan Pelbagai atau Theory of Multiple Inteligences yang dipelopori oleh Howard Gardner.

Jika mereka gagal atau kecewa, bersimpatilah. Beritahu mereka bahawa semua orang melalui saat atau situasi sedemikian. Malah orang dewasa pun memerlukan masa dan latihan untuk membuat atau mencuba sesuatu yang baru.

Apa yang mendukacitakan kita ialah sikap segelintir manusia yang asyik memperlekehkan seseorang yang mendapat tempat kedua atau ketiga dalam sesuatu pertandingan.

Hanya tempat pertama dianggap sebagai satu kejayaan. Inilah yang menjadikan kanak-kanak berfikiran bahawa jika sesuatu projek atau karya itu disiapkan dengan cepat tanpa mengambil kira ketelitian dan kekemasan, itu dianggap satu kejayaan.


Bagi kebanyakan kanak-kanak, cepat dan pantas dianggap sebagai ukuran kepada kejayaan.  Inilah cabaran bagi kita dalam mengekalkan keterujaan kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran kreatif yang baru.

Aku mulai sedar bahawa keseronokan melakukan aktiviti kreatif perlu ditekankan disamping menyedarkan mereka bahawa memperbaiki kemahiran kreatif dari masa ke semasa adalah proses sepanjang hayat.

Perkara ini perlu dijelaskan melalui projek atau karya yang dilakukan. Kita patut abaikan dulu kesempurnaan (perfectionism) dan menikmati proses kreatif bersama mereka. Aku rasa mereka akan lebih selesa mencuba sesuatu yang baru tanpa tekanan dan harapan yang menggunung.

Aku sebenarnya telah memberi mereka banyak peluang untuk menjadi kreatif dengan tidak mengambil kira sangat hasilan karya. Apa sangatlah yang diharapkan jika anak-anak ini baru mencuba kali pertama. Biarkan mereka hamburkan kreativiti mereka tanpa sedar. Kita perhati dan bantu.
 Projek Origami dan Topeng serlahkan kreativiti
Origami dan membuat topeng muka adalah antara projek-projek yang menyeronokan. Projek ini merupakan aktiviti process-oriented dan hands-on. Penuh dengan keriangan dan keterujaan, menjadikan mereka leka dan secara tidak langsung mengembangkan kemahiran serta bakat tanpa satu tekanan yang membebankan mereka.

Semasa menghasilkan karya-karya ini, aku bantu mereka dengan membiarkan semuanya secara open-ended. Ruang dan peluang bagi mereka memberikan sentuhan kreatif. Galakan serta motivasi diberikan supaya proses kreatif terserlah. Di masa inilah aku lihat nilai imaginatif serta idea kanak-kanak terbentuk. Sangat mengujakan.

Tersedar aku akan peri pentingnya kanak-kanak diberi masa dan peluang untuk menggunakan kuasa imaginasi mereka yang biasanya kita salah anggap sebagai tidak produktif. Mereka perlukan masa untuk berangan-angan dan melakonkan pelbagai watak diluar imaginasi kita, orang dewasa.  Dunia khayalan dan nyata berbaur. Segalanya menghiburkan. Kreativiti sebenarnya berkembang tanpa sedar semasa mereka menghiburkan diri mereka.

Aku juga turut terhibur dengan gelagat mereka. Kreativiti aku bertambah bersama mereka. Bagi aku, projek kreatif yang baik untuk kanak-kanak ialah projek yang kita turut merasa seronok dan terhibur bila membuatnya.


~Bo Bennett

Lintasan Hati:  
Terima kasih buat teman yg sentiasa mendoakan yg terbaik setiap kali/hari bila nak masuk kelas dari awal dulu hingga kini dan sampai bila-bila...

Thursday, October 28, 2010

Penenang: Seni... Lukisan

Aku dan 'Sepi'



Assalamualaikum / Peace be upon you........
Ada pendapat yang mengatakan bahawa seni itu sangat 
berkesan sebagai terapi kesihatan mental dan fizikal.

To ensure good Mental-Health, we all need some means
of creative self-expression, such as art, drama, music
or a sport or hobby. 

Sila rujuk sini dan sini.

Bagi aku, ada dua peranan positif yang dimainkan oleh
karya seni.

Pertama, seni boleh mengurangkan stress - yang
dikenalpasti sebagai antara faktor utama yang
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit kronik.
 
Kedua, seni merangsang atau stimulate otak kita.
Ini biasanya tidak berlaku dalam aktiviti "logical"
atau "analytical".

Seni membolehkan kita menzahirkan perasaan
kreatif - satu lagi komponen penting dalam kehidupan,
memungkinkan hayat yang lama dan sihat.
 
Secara peribadinya, catan banyak membantu aku
semasa aku berada dalam keadaan stress.

Dahulu, catan merupakan evenue untuk
meluahkan rasa dan emosi. Dengan tenang dan
tekun, aku akan menghabiskan masa mewarnakan
landskap dan imejan sekeliling dia atas kanvas atau
kertas. Bila siap, kelegaan menyelinap di minda dan
jiwa. Stress hilang.Aku mulai sedar bagaimana ia memberi kesan
atau impact dalam kesihatan dan kehidupan seharian.

Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini
internet telah mengambil alih peranan itu dalam hidupku.
Aku mulai melupakan catan secara amali.Fokus hanyalah
talian.

Cat air merupakan salah satu daripada teknik catan
yang mengujakan. Kita tidak perlu memikirkan sangat
kerana kesannya bersahaja, spontan dan unik.
Bak kata orang You just have to go with the flow.
Sepi, cat air, 2003
Rahsia catan cat air menjadikan seni dan teknik ini
melegakan. Ia mempunyai nilai theraputic kerana ia
meningkatkan kepuasan dan kenikmatan yang kita
dapati melaluinya.

Setiap kali menghasilkan catan, terutamanya cat air,
ianya umpama bertemu dengan suasana, emosi dan
perasaan baru.

Aku perlu kembali ke situasi itu.

Buat teman yang pernah dihadiahkan catan, hargailah,
kerana ianya adalah wakilan diri, cetusan rasa dan
ekspresi hati.

A man paints with his brains and not with his hands.
Michelangelo
(Italian sculptor, painter, architect & poet,
considered the creator of the Renaissance, 1475-1564
Lintasan Hati: Benarkah sepi itu indah? PSLda..
Sumber: Entry blog Beib