Thursday, November 11, 2010

Kreativiti: Luahan Idea Naif

 Kreativiti memungkinkan watak-watak ini dihasilkan
Assalamualaikum / Peace be upon you...

Siapa kata krayon hanya untuk kanak-kanak? Siapa kata karya seni mesti digantung di dalam galeri baru dianggap bernilai dan harus diberi perhatian? Siapa pula yang kata, kalau kita tidak berupaya menghasilkan karya atau produk yang baik, lebih baik tak usah buat langsung? Saya tidak kata begitu.
Bagi saya, anda tidak terlalu tua untuk menikmati daya kreativiti yang ada dalam diri anda seperti yang ada pada kanak-kanak. Anda juga tidak perlu mengaitkan tahap usia (aku dah tua) untuk mempelajari sesuatu yang baru, mengutarakan sesuatu yang pelik atau spontan.
Kreativiti yang ada di dalam diri anda hanya menanti masa untuk diluah dan dicurahkan. Patutkah anda rasa takut untuk mencurahkan idea dan kreativiti kerana bimbang tidak dihargai?
Bagi saya, seni visual adalah avenue yang terbaik dan selamat untuk meluahkan kreativiti anda!
Kreativiti sepatutnya fun, menyeronok dan mengujakan. Ia tidak wajar disekat atau dipendam dalam minda dan jiwa. Tiada had dan larangan. Tidak ada kenyataan yang menyatakan bahawa sesuatu yang kreatif itu sepatutnya berada dalam lingkungan tertentu. Kreatif juga tidak bermaksud kita mesti menghasilkan suatu karya yang sempurna dan agung. Kreatif mungkin hanya suatu luahan idea yang naif.
Kreatif seharusnya menggembirakan. Membuatkan kita riang, ria, meriah dan ceria. Ia mungkin juga merupakan satu penemuan dan ada kalanya elok dibiarkan unfinished.
Apa-apa pun, kreativiti seharusnya mengujakan!
Oleh itu, jadilah seorang yang kreatif.
Sebagai seorang yang dewasa atau berusia, kita mesti melenyapkan tanggapan bahawa seseorang itu mestilah kanak-kanak atau remaja, seorang artis atau manusia yang penuh dengan idea inovasi untuk menikmati kreativiti.
Matlamat nota pendek ini ialah untuk membantu anda memanfaatkan daya kreatif yang ada dalam diri anda. Menyahkan stres sambil memberi inspirasi kepada idea baru yang menyeronokkan.
Oleh itu, marilah kita alami dan nikmati kreativiti.
Kita tidak semestinya bagus atau sempurna dalam apa yang kita lakukan.
Yang penting, just be creative!



- Scott Adams
LINtasan HAti:
"...jadilah diri sendiri..." ingatan teman, sentiasa diingati.

2 comments:

Rashid said...

salam

Yup! minda yang kreatif akan buatkan dunia makin indah. Pelbagai ciptaan akan terhasil dan diluar jangkaan fikir kita..

BEiB said...

Salam..
Betul! Kalau tak upaya untuk kreatif pada org lain, kreatif utk diri sendiri pun adalah satu pencapaian yg sgt hebat.