Saturday, October 30, 2010

Kreativiti: ... Alaaa! Biarlaa... Tengok Macamana...

 30 tahun di SM baru 3 bulan di SK
Assalamualaikum / Peace be upon you...

Kanak-kanak sebenarnya, secara semulajadi, sangat kreatif. Dari peringkat awal lagi, walaupun baru berumur setahun jagung, mereka biasanya kreatif menggunakan daya imaginasi untuk bercerita, melukis atau melakar sesuatu yang kadang-kadang hanya mereka sahaja yang faham. Mereka juga berupaya menjadikan objek 'biasa' seperti kotak mancis, kotak pensel, pemadam, pengasah pensel, botol minuman sebagai bahan mainan yang menguja dan mengasyikkan.
Sebagai seorang guru seni, kita patut membantu mereka mengembangkan daya kreativiti melalui ekspresi diri (self-expression) dalam pelbagai aktiviti kanak-kanak. Meneroka beraneka jenis aktiviti kreatif seperti seni visual, drama, muzik, penulisan dan lain-lain dapat memupuk keupayaan semulajadi kanak-kanak dalam merekacipta sesuatu dengan kreatif.
Dalam penghasilan karya seni visual, biarkanlah kanak-kanak ini menggunakan alatan atau bahan yang pelik, ganjil dan unorthodox.
Anggota badan seperti tangan, kaki, alatan dapur, kasut, anak patung lama serta alat permainan yang boleh dicuci dengan mudah selepas digunakan adalah contoh yang baik. Tambahkan unsur jalinan (texture) dalam karya dengan memasuk atau melekatkan pasir atau kerikil. Apa salahnya kalau  kicap atau sos tomato digunakan sebagai bahan alternatif.
Boleh sahaja mengecat pada bahan-bahan terbuang seperti botol kaca atau plastik, cebisan kadbod, kotak, bingkai gambar dan batu.
Lepaskan kuasa imaginasi bebas keluar dari minda. Jangan biarkan bahan yang sedia ada terbuang begitu sahaja. Tambah nilainya dengan kreativiti yang ada pada kanak-kanak.
Biarkan kanak-kanak meneroka.
Lihat apa yang yang terjadi.


Art is not so much expressing oneself, as it is discovering oneself. 


Lintasan Hati:
adakala..sesekali, kena tunggu dan lihat...
bila sudah berkarya, jangan padam sampai bila-bila...d.a..

No comments: