Assalamualaikum / Peace be upon you........
Ada pendapat yang mengatakan bahawa seni itu sangat
berkesan sebagai terapi kesihatan mental dan fizikal. To ensure good Mental-Health, we all need some means of creative self-expression, such as art, drama, music or a sport or hobby. Sila rujuk sinidan sini
. Bagi aku, ada dua peranan positif yang dimainkan oleh karya seni. Pertama, seni boleh mengurangkan stress
- yang dikenalpasti sebagai antara faktor utama yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit kronik. Kedua, seni merangsang atau stimulate otak kita. Ini biasanya tidak berlaku dalam aktiviti "logical" atau "analytical". Seni membolehkan kita menzahirkan perasaan kreatif - satu lagi komponen penting dalam kehidupan, memungkinkan hayat yang lama dan sihat. Secara peribadinya, catan banyak membantu aku semasa aku berada dalam keadaan stress. Dahulu, catan merupakan evenue untuk meluahkan rasa dan emosi. Dengan tenang dan tekun, aku akan menghabiskan masa mewarnakan landskap dan imejan sekeliling dia atas kanvas atau kertas. Bila siap, kelegaan menyelinap di minda dan jiwa. Stress hilang.Aku mulai sedar bagaimana ia memberi kesan atau impact dalam kesihatan dan kehidupan seharian. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini internet telah mengambil alih peranan itu dalam hidupku. Aku mulai melupakan catan secara amali.Fokus hanyalah talian. Cat air merupakan salah satu daripada teknik catan yang mengujakan. Kita tidak perlu memikirkan sangat kerana kesannya bersahaja, spontan dan unik. Bak kata orang You just have to go with the flow.
Rahsia catan cat air menjadikan seni dan teknik ini
melegakan. Ia mempunyai nilai theraputic kerana ia
meningkatkan kepuasan dan kenikmatan yang kita
dapati melaluinya.
Setiap kali menghasilkan catan, terutamanya cat air,
ianya umpama bertemu dengan suasana, emosi dan
perasaan baru.
Aku perlu kembali ke situasi itu.
Buat teman yang pernah dihadiahkan catan, hargailah,
kerana ianya adalah wakilan diri, cetusan rasa dan
ekspresi hati.
melegakan. Ia mempunyai nilai theraputic kerana ia
meningkatkan kepuasan dan kenikmatan yang kita
dapati melaluinya.
Setiap kali menghasilkan catan, terutamanya cat air,
ianya umpama bertemu dengan suasana, emosi dan
perasaan baru.
Aku perlu kembali ke situasi itu.
Buat teman yang pernah dihadiahkan catan, hargailah,
kerana ianya adalah wakilan diri, cetusan rasa dan
ekspresi hati.
“A man paints with his brains and not with his hands.”
Michelangelo
(Italian sculptor, painter, architect & poet,
considered the creator of the Renaissance, 1475-1564
Lintasan Hati: Benarkah sepi itu indah? PSLda..
Sumber: Entry blog Beib
No comments:
Post a Comment